Jumaat, 3 Disember 2010

BBQ tidak rasmi Geng Tebu!!

Pada 3/12/2010, pada jam 10.30 pagi bertolaknya sekumpulan kecil Geng Tebu Rasmi iaitu Ax, Buu, Daniel, Ariff dan Bersama kami ialah Safwan Mad, Pali(Achik) dan Kawan Baru kita "sedarjah" dengan Ariff di UiTM iaitu Aizat dari P. Pinang. Rancangan kali ini ialah hendak BBQ di Gua Kelam dan ternyata rancangan itu berjaya tahap puas hati orang kata. hehehe..
Perjalanan kami ke Gua Kelam di "leading"oleh Ax dan dia membawa kami ke satu jalan yang x pernah orang gunakan untuk ke Gua Kelam. Dia membawa kami ke jalan belakang menerusi jalan ke Wang Kelian dan melalui jalan yang curam dan lalu di sebelah Kem PLKN Tasik Meranti. Nak di jadikan cerita tiba-tiba ax dan safwan rebah diikuti oleh daniel dan pali.. Rupanya lumut di tengah jalan menghalang laluan..
Sampai di tempat kejadian, kami memulakan projek dengan membakar kayu dan arang untuk membakar ayam sambil mandi manda.. Memang "SYOK" habis la!! Harap lepas ni boleh buat lagi.. OK2...

Download gambar dan video BBQ kita di sini:


Isnin, 29 November 2010

Test Link

Disini saya hendak mencuba benda baru yang saya teringin letakkan dalam blog... Bersama saya terdapat link untuk download..

Silalah download jangan segan:

Password: 5adil2008raya

Ahad, 19 September 2010

5 Adil Raya 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Dalam Kesyahduan hari raya.. Bekas pelajar 5 Adil 2008 berkumpul dan menyambut hari raya bersama. Pada raya kedua, Buu, Ariff, Daniel, Amin, dan Ax telah berkumpul dan beraya di rumah rakan-rakan sekelas. rumah pertama kami pergi ialah rumah Ariff, dan diteruskan ke rumah Pie. Oleh kerana Pie sibuk melayan keluarganya yang datang jauh kami teruskan ke rumah Safwan. Kami dijamu denan mee kuah special masakan mak Safwan. Safwan sekarang telah sambun g mengambil ijazah dalm kejuruteraan elektrik di UTM Skudai.

Selepas itu, kami ke rumah Ax, disini kami telah dihiburkan dengan "kucaian" kakak Ax sendiri, kak Ina. Ax telah di "kucai" dengan teruk sekali kerana satu kesalahannya. HAHAHAHAHA....
Selepas lama di rumah Ax, kami singgah pula di rumah Afiq. Macam tahun-tahun sebelumnya, nasi tomato menjadi menu di rumah Afiq. Orang putih cakap"last but not least," kami ke rumah Laila di situ kami berjumpa dengan raihana dan tuan rumah. Memang seronok..




Pada raya keempat, Kami telah buat reunion di rumah Daniel. Aku, Ax, Pie, Idun, Ariff, Safwan, Daniel, Raihana, Laila, Dan Along hadir. Selepas seronok bercakap dan bersembang sambil dijamu dengan nasi rempah lauk ayam masak merah, kami ke rumah seterusnya iaitu rumah cikgu Jaezah!





Alang-alang mereka telah sampai di rumah cikgu Jaezah, terus ke rumah aku. makan bihun goreng specail dari mak aku. Bagi sesetengah dari mereka pula terus ke Rumah ariff pula. Pada malamnya kami ke rumah Amin pula. Pada keesokkan harinya, kerumah Raihana, dan kerumah Along. Pada malamnya, kami ke rumah Faiz, bakal "pilot" kita.




Bagi kami yang bergelar Geng Tebu 5 Adil 2008, keseronokan raya tidak berhenti di situ sahaja, kami telah mengaturkan satu aktiviti iaitu pergi tonton wayang dan perkara-perkara sewaktu dengannya. tapi nasib kami malang, 1 panggung wayang pun tidak buka pada malam 16 september. akhirnya kami ke stadium Darulaman untuk makan dan menyaksikan pertunjukan ular, dan terus melepak di pantai Kuala Perlis.





Tapi apapun...
Raya tahun ini memang meriah untuk 5 Adil 2008!!
Berusahalah dalam apa jua yang kita lakukan yang tidak melanggari hukum dunia dan akhirat...

Selasa, 7 September 2010

Hari Raya

Semua orang tunngu hari ini tiba, jadi tidak ketinggalan untuk geng 5 Adil 2008 untuk balik raya bersama keluarga. tapi bagi sesetengah daripada kita menyambut raya dijadikan satu percutian. Orang yang saya maksudkan ialah amoi kerana dia dan keluarganya berada di Terengganu.

Bagi yang lain, menghabiskan masa bersama insan "tersayang" dan orang yang kita sayang lebih bermakna pada masa ini. Menghabiskan sisa bulan ramadhan yang tinggal dan bersedia pada hari kemenangan tersebut.Mari kita kerjakan ibadah yang secukupnya seperti sunnah nabi:

Aisyah radhiAllahu `anha berkata: "Bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya." (HR Bukhari & Muslim)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.




Ahad, 22 Ogos 2010

Masih Anda Ingat ini?

Siapa Punya kerja ini?



Kisah Kemalangan

Sudah menjadi kebiasaan pada bekas pelajar kelas 5 Adil 2008 terbabit dalam kemalangan. Kemalangan yang dimaksudkan ialah kemalangan jalan raya.

Mari kita imbas kembali, dalam memori 5 Adil 2008, kemalangan yang membabitkan motosikal Kriss hitam kepunyaan Amin dengan sebuah kereta Kancil. Kecederaan yang dialami ialah beberapa jahitan dikepala. Contoh kedua, motorsikal kepunyaan ayah kepada laila yang ditunggang laila berlanggar dengan lori. Luka yang teruk dan beberapa lebam. Jika tidak salah, Amoi juga pernah tergolek semasa menunggang motosikal. Seterusnya, kemalangan yang membabitkan 2 orang sahabat. Antara Daniel dan Syahir, semasa balik dari sekolah di suatu petang tiba-tiba tergolek semasa mengambil selekoh. yang menyebabkan ekzos motor syahir patah 2. Akhirnya kemalangan yang trajis iaitu kemalangan motorsikal dan kereta. kemalangan yang membabitkan syahir dan !@#$!@##. Kemalangan ini telah merubah segala dalam suasana 5 Adil 2008.

Pada baru-baru ini, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, izzul telah tergolek semasa menunggang 125zr kawannya menyebabkan kerosakan yang teruk dan luka yang teruk. Pada 20 Mei 2010, lebih kurang 3 petang, Buu dan adiknya berlanggar dengan kereta semasa ke rumah neneknya. Menyebabkan dia patah tulang paha dan retak di pergelangan tangan. Paling baru ialah, Daniel. Dia tergolek di depan Putra Palace sewaktu hendak ke UiTM.

Semua yang diatas adalah kemalangan motorsikal. Perkara ini boleh dikatakan sinonim dengan kelas 5 Adil 2008. Tapi ini hanya satu permulaan..

Renung-renungkanlah, ambil iktibar akan kejadian yang berlaku.

Pandu cermat. Jiwa Selamat.

Ingatlah orang tersayang......







Mahukah anda menjadi begini???

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Oleh kerana mendapat seruan dari 2/3 dari syafiqah yang ada dalam kelas kita, saya disini menyahut seruan mereka untuk menulis semula memandangkan saya tiada kerja.














setelah sekian lama menghilang kini muncul kembali. Oleh kerana lama menghilang, mari kita lihat perkembangan semua warga 5 Adil. mari kita lihat siapa yang kena:-
  • Safwan- dari matrik Perak ke UTM Skudai
  • Along- dari matrik Perlis ke UiTM Arau
  • Raihana- Masih di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan
  • Sya- UiTM Dungun (or "Dungu", hehe..)
  • Buu- pada masa ini tangguh 1 semester sebab keadaan fizikal yang tidak mengizin.
  • Laila- Selepas berpindah merata tempat akhirnya dia kembali..... kembali ke Perlis di UiTM Arau
  • Pqah- masih di KL
  • Amoi- masih di UTM KL
  • Jannah- berpindah ke KL
  • Qeemy- masih di KL
  • Syahir- masih Di Kolej Teknologi Timur (UiTM)
  • Ex- UiTM
  • Wong- IPSAH
  • Amin- SMKP (Form 6)
  • Temi- KPJ Nilai
  • Arif- UiTM Arau
  • Pak Din- UniMAP
  • Daniel- UiTM Arau
  • Izzul- Politeknik Arau
  • Pie- Hight Skill College of MARA
  • Faiz- Kolej Tentera Udara (UTM)
Memandangkan kedudukan mereka boleh dikatakan merata tempat, tetapi yang pasti di hari raya ini mereka ada satu tujuan dan tempat, iaitu rumah keluarga mereka.

Pesan dari penerbit, hehehe:
puasa Jangan Tak Puasa!!