Ahad, 19 September 2010

5 Adil Raya 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Dalam Kesyahduan hari raya.. Bekas pelajar 5 Adil 2008 berkumpul dan menyambut hari raya bersama. Pada raya kedua, Buu, Ariff, Daniel, Amin, dan Ax telah berkumpul dan beraya di rumah rakan-rakan sekelas. rumah pertama kami pergi ialah rumah Ariff, dan diteruskan ke rumah Pie. Oleh kerana Pie sibuk melayan keluarganya yang datang jauh kami teruskan ke rumah Safwan. Kami dijamu denan mee kuah special masakan mak Safwan. Safwan sekarang telah sambun g mengambil ijazah dalm kejuruteraan elektrik di UTM Skudai.

Selepas itu, kami ke rumah Ax, disini kami telah dihiburkan dengan "kucaian" kakak Ax sendiri, kak Ina. Ax telah di "kucai" dengan teruk sekali kerana satu kesalahannya. HAHAHAHAHA....
Selepas lama di rumah Ax, kami singgah pula di rumah Afiq. Macam tahun-tahun sebelumnya, nasi tomato menjadi menu di rumah Afiq. Orang putih cakap"last but not least," kami ke rumah Laila di situ kami berjumpa dengan raihana dan tuan rumah. Memang seronok..




Pada raya keempat, Kami telah buat reunion di rumah Daniel. Aku, Ax, Pie, Idun, Ariff, Safwan, Daniel, Raihana, Laila, Dan Along hadir. Selepas seronok bercakap dan bersembang sambil dijamu dengan nasi rempah lauk ayam masak merah, kami ke rumah seterusnya iaitu rumah cikgu Jaezah!





Alang-alang mereka telah sampai di rumah cikgu Jaezah, terus ke rumah aku. makan bihun goreng specail dari mak aku. Bagi sesetengah dari mereka pula terus ke Rumah ariff pula. Pada malamnya kami ke rumah Amin pula. Pada keesokkan harinya, kerumah Raihana, dan kerumah Along. Pada malamnya, kami ke rumah Faiz, bakal "pilot" kita.




Bagi kami yang bergelar Geng Tebu 5 Adil 2008, keseronokan raya tidak berhenti di situ sahaja, kami telah mengaturkan satu aktiviti iaitu pergi tonton wayang dan perkara-perkara sewaktu dengannya. tapi nasib kami malang, 1 panggung wayang pun tidak buka pada malam 16 september. akhirnya kami ke stadium Darulaman untuk makan dan menyaksikan pertunjukan ular, dan terus melepak di pantai Kuala Perlis.





Tapi apapun...
Raya tahun ini memang meriah untuk 5 Adil 2008!!
Berusahalah dalam apa jua yang kita lakukan yang tidak melanggari hukum dunia dan akhirat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan