Mari kita imbas kembali, dalam memori 5 Adil 2008, kemalangan yang membabitkan motosikal Kriss hitam kepunyaan Amin dengan sebuah kereta Kancil. Kecederaan yang dialami ialah beberapa jahitan dikepala. Contoh kedua, motorsikal kepunyaan ayah kepada laila yang ditunggang laila berlanggar dengan lori. Luka yang teruk dan beberapa lebam. Jika tidak salah, Amoi juga pernah tergolek semasa menunggang motosikal. Seterusnya, kemalangan yang membabitkan 2 orang sahabat. Antara Daniel dan Syahir, semasa balik dari sekolah di suatu petang tiba-tiba tergolek semasa mengambil selekoh. yang menyebabkan ekzos motor syahir patah 2. Akhirnya kemalangan yang trajis iaitu kemalangan motorsikal dan kereta. kemalangan yang membabitkan syahir dan !@#$!@##. Kemalangan ini telah merubah segala dalam suasana 5 Adil 2008.
Pada baru-baru ini, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, izzul telah tergolek semasa menunggang 125zr kawannya menyebabkan kerosakan yang teruk dan luka yang teruk. Pada 20 Mei 2010, lebih kurang 3 petang, Buu dan adiknya berlanggar dengan kereta semasa ke rumah neneknya. Menyebabkan dia patah tulang paha dan retak di pergelangan tangan. Paling baru ialah, Daniel. Dia tergolek di depan Putra Palace sewaktu hendak ke UiTM.
Semua yang diatas adalah kemalangan motorsikal. Perkara ini boleh dikatakan sinonim dengan kelas 5 Adil 2008. Tapi ini hanya satu permulaan..
Renung-renungkanlah, ambil iktibar akan kejadian yang berlaku.
Pandu cermat. Jiwa Selamat.
Ingatlah orang tersayang......


Mahukah anda menjadi begini???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan