Selasa, 7 September 2010

Hari Raya

Semua orang tunngu hari ini tiba, jadi tidak ketinggalan untuk geng 5 Adil 2008 untuk balik raya bersama keluarga. tapi bagi sesetengah daripada kita menyambut raya dijadikan satu percutian. Orang yang saya maksudkan ialah amoi kerana dia dan keluarganya berada di Terengganu.

Bagi yang lain, menghabiskan masa bersama insan "tersayang" dan orang yang kita sayang lebih bermakna pada masa ini. Menghabiskan sisa bulan ramadhan yang tinggal dan bersedia pada hari kemenangan tersebut.Mari kita kerjakan ibadah yang secukupnya seperti sunnah nabi:

Aisyah radhiAllahu `anha berkata: "Bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya." (HR Bukhari & Muslim)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.




2 ulasan: