Ahad, 22 Ogos 2010
Kisah Kemalangan
Sudah menjadi kebiasaan pada bekas pelajar kelas 5 Adil 2008 terbabit dalam kemalangan. Kemalangan yang dimaksudkan ialah kemalangan jalan raya.


Mari kita imbas kembali, dalam memori 5 Adil 2008, kemalangan yang membabitkan motosikal Kriss hitam kepunyaan Amin dengan sebuah kereta Kancil. Kecederaan yang dialami ialah beberapa jahitan dikepala. Contoh kedua, motorsikal kepunyaan ayah kepada laila yang ditunggang laila berlanggar dengan lori. Luka yang teruk dan beberapa lebam. Jika tidak salah, Amoi juga pernah tergolek semasa menunggang motosikal. Seterusnya, kemalangan yang membabitkan 2 orang sahabat. Antara Daniel dan Syahir, semasa balik dari sekolah di suatu petang tiba-tiba tergolek semasa mengambil selekoh. yang menyebabkan ekzos motor syahir patah 2. Akhirnya kemalangan yang trajis iaitu kemalangan motorsikal dan kereta. kemalangan yang membabitkan syahir dan !@#$!@##. Kemalangan ini telah merubah segala dalam suasana 5 Adil 2008.
Pada baru-baru ini, menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, izzul telah tergolek semasa menunggang 125zr kawannya menyebabkan kerosakan yang teruk dan luka yang teruk. Pada 20 Mei 2010, lebih kurang 3 petang, Buu dan adiknya berlanggar dengan kereta semasa ke rumah neneknya. Menyebabkan dia patah tulang paha dan retak di pergelangan tangan. Paling baru ialah, Daniel. Dia tergolek di depan Putra Palace sewaktu hendak ke UiTM.
Semua yang diatas adalah kemalangan motorsikal. Perkara ini boleh dikatakan sinonim dengan kelas 5 Adil 2008. Tapi ini hanya satu permulaan..
Renung-renungkanlah, ambil iktibar akan kejadian yang berlaku.
Pandu cermat. Jiwa Selamat.
Ingatlah orang tersayang......


Mahukah anda menjadi begini???
Salam Ramadhan
Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Oleh kerana mendapat seruan dari 2/3 dari syafiqah yang ada dalam kelas kita, saya disini menyahut seruan mereka untuk menulis semula memandangkan saya tiada kerja.

setelah sekian lama menghilang kini muncul kembali. Oleh kerana lama menghilang, mari kita lihat perkembangan semua warga 5 Adil. mari kita lihat siapa yang kena:-
- Safwan- dari matrik Perak ke UTM Skudai
- Along- dari matrik Perlis ke UiTM Arau
- Raihana- Masih di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan
- Sya- UiTM Dungun (or "Dungu", hehe..)
- Buu- pada masa ini tangguh 1 semester sebab keadaan fizikal yang tidak mengizin.
- Laila- Selepas berpindah merata tempat akhirnya dia kembali..... kembali ke Perlis di UiTM Arau
- Pqah- masih di KL
- Amoi- masih di UTM KL
- Jannah- berpindah ke KL
- Qeemy- masih di KL
- Syahir- masih Di Kolej Teknologi Timur (UiTM)
- Ex- UiTM
- Wong- IPSAH
- Amin- SMKP (Form 6)
- Temi- KPJ Nilai
- Arif- UiTM Arau
- Pak Din- UniMAP
- Daniel- UiTM Arau
- Izzul- Politeknik Arau
- Pie- Hight Skill College of MARA
- Faiz- Kolej Tentera Udara (UTM)
Memandangkan kedudukan mereka boleh dikatakan merata tempat, tetapi yang pasti di hari raya ini mereka ada satu tujuan dan tempat, iaitu rumah keluarga mereka.
Pesan dari penerbit, hehehe:

puasa Jangan Tak Puasa!!
Langgan:
Ulasan (Atom)