Rabu, 11 Februari 2009

Seloka 5 Adil

Salam sejahtera tulus dari hati,
Salam dari budak-budak kecil,
Terimalah dari kami,
Seloka 5 Adil

Badan bulat bukan sindiran,
Main bola bersungguh-sungguh,
Temi adalah nama samaran,
Khuzaimi nama penuh.

Dia ni selalu melepak,
Melepak dibawah pokok sena,
Cucu kepada mat cicak,
Afiq Shakri budak alor sena.

Rumah di Tmn Bunga Padi,
Tolong ibu meniaga hari-hari,
Dia seorang gadis berhati-hati,
Laila pula nama diberi.

Dia tinggal di Taman Ira,
Anak kepada Encik Rosli,
Tingginya seakan pohon cemara,
Entah kenapa namanya Kimi.

Badannya kecil dan sedikit rendah,
Seorang yang selalu ceria,
Antara budak baru pindah.
Itulah Gadis bernama Shazeya

Ke sekolah naiki kereta biru,
26 disember tarikh lahirnya,
Badan kecil tapi diam selalu,
Siapa lagi syafiqa saezan la…

Mempunyai renungan sinis,
Suka makan ikan tuna,
Seorang gadis hitam manis,
Siapa kalau bukan Raihana.

Orangnya agak ranggi,
Main bola memang pakar,
Hidungnya mancung juga tinggi,
Itulah dia Faizal Akhtar.

Sembahyang selalu lupa,
Juga pergerakan selalu lambat,
Selalu dalam keadaan selamba,
Itulah Salahuddin budak Spg Empat.


Cikgu Rodziah terpekik-pekik,
Marahkan anaknya dengan sinis,
Selalu tanya soalan pelik-pelik,
Sudah semesti Daniel Deris.

Merupakan seorang jejaka,
Duduk bersebelahan dengan temi
Mohd Noor Al-Amin namanya,
Kerjanya suka mengacau Temi.

Ayahnya merupakan pesara,
Nampak pun macam jantan,
Budak baru, masuk bulan tiga,
Syahir Aqwa dari N. Sembilan.

Suka makan buah cempedak,
Keras kepala sekeras kerikil,
Mai sekolah rambut tercacak-cacak,
Azairie cacak gelaran terhasil.

Dapat 8A dalam PMR dulu,
Tinggal di asrama jarang balik,
Namanya sama dengan tajuk lagu,
Nurul Jannah bt Abd Malik

Balik rumah turn on komputer,
Main game sampai sawan,
Boleh kata master komputer,
Sudah pasti orangnya Safwan.

Ada rumah di Kuala Perlis,
Takkan gentar bunyi petir,
Salah seorang dari kadet polis,
Mestilah Faiz bin Abd Kadir.

Bab SMS jangan tanya
Tidak pernah bermuka masam,
Muka memang macam budak cina,
Amoi atau Shafiqah Noor Sham.

Orangnya putih berkulit lembut,
Asyik tuang kelas main gamelan,
Bila buat kerja mesti kalut,
Itulah dia Syafiqah Ruslan

Rumahnya terletak di Bintong,
Rupanya ada sedikit coklat,
Izzul Hafiy budak Bintong,
Orangnya manis berkepala bulat.

‘Buu’ adalah gelaran diberi,
Lahir di Pahang tinggal di Perlis
Muhammad Idham bin Zambri
Seloka 4 Adil dia yang tulis.

Bunga selasih diberi Temi,
Juga sekuntum bunga cendana,
Demikian sudah seloka kami,
Anda pula macam mana?


Tajuk: Seloka 4 Adil
Penulis: Muhammad Idham bin Zambri.
Penulis bersama: Nor Laila bt Rasni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan